Rabu, 17 Julai 2013

Bismillahirrahmanirrahim.. ~ Assalamualaikum ~                                                                                                                                   KASIH SAYANG SEORANG IBU        
 
Ibu…..
Kau mengandungku selama 9 bulan,
kau jaga aku dengan kasih sayang yang tak akan pernah ada yang melebihi cinta dan kasih sayangmu.
Ibu…
Kaulah syurgaku,
di bawah telapak kakimu lah syurgaku berada,
ingin ku gapai syurga itu,namun selalu saja ku menyakitimu dengan sikapku.
Ibu…
Kini kau pargi jauh dari hidupku untuk selamanya,
saat ku sadari semua kasalahanku padamu, dan ku belum sempat untuk katakan maaf untukmu….
Ibu…
Aku disini merindukanmu,
ingin ku rasakan kasih sayang dan cintamu lagi.
semoga malam ini aku bisa berjumpa denganmu, didalam mimpi yang indah,
akan ku peluk kau, dan ku ingin untuk sejenak tidur di pangkuanmu.
seperti saat kau ada di sisiku.
IBU….maafkanlah semua kesalahanku yang pernah aku perbuat selama kau masih di
sampingku, menjagaku dengan kasih sayangmu.
                                                                                                                                                                                                                                                                     

Isnin, 8 April 2013

Al-Qur'an

♥Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum..
Apa itu Al-Qur'an?. Al-Qur'an adalah kalam Allah (kata-kata Allah)..Al-Qur'an mengajar kita untuk menjadikan kita manusia yang lengkap, yang hebat kerana Al-Qur'anul Qarim ini Allah s.w.t turunkan untuk memandu arah akal manusia, kerana Allah Taala menjadikan manusia ini sebagai khalifah di muka bumi ini. Al-Qur'an adalah landasan untuk menjadikan kita manusia yang hebat di dunia dan di akhirat.
Bagaimana kita membaca Al-Qur'an, tetapi Al-Qur'an tersebut melaknat kita?
Ini kerana kita membaca, tetapi kita tidak mengikut suruhanNya dan melakukan laranganNya. Keajaiban Al-Qur'an, mempunyai banyak ayat-ayat syifa' (penyembuh/penawar) di dalamnya.  (1) Surah al-Yunus : 57 "Dan penyembuh (penawar) bagi penyakit-penyakit yang berada di dalam dada." (2) Surah al-Nahl : 69 "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia." (3) Surah al-Isra' : 82 "Dan kami turunkan al-Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman." (4) Surah al-Syu'ara : 80 "Dan apabila aku sakit, Dialah menyembuhkan aku." (5) Surah al-Fussilat : 44 "Katakanlah, Al-Qur'an itu ialah petunjuk dan penawar."               "WALLAHUALAM"                                                                                                                                                                           

Khamis, 4 April 2013

♥ Cinta Illahi ♥

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum..
Sesukar mana pun laluan hidup yg kita lalui, bergantunglah sepenuhnya kepada ALLAH..Masa berubah, manusia pun turut berubah..TAPI KITA TETAP SELAMANYA HAMBA ALLAH..Sesukar manusia melalui liku2 hidup, semakin sukarlah manusia e2 utk mengenal ALLAH..Seandainya diri makin jauh mengenal ALLAH, maka e2 kenalilah ALLAH, kenalilah DIRI, barulah JIWA kita akan tenang..♥

Kesakitan membuatkan kita lebih kuat..Airmata jua membuatkan kita lebih berani..Terima kasih pada yg lalu, hargailah kehidupan baru yg diREDHAI ALLAH s.w.t..

InsyaALLAH.. ^_^

Rabu, 3 April 2013

~ HAWA ~

Ya Allah..
jadikanlah aku tabah seperti Ummu Khadijah
sehingga dirinya digelar Afifah solehah
dialah wanita pertama
tiada ragu mengucap syahadah
pengorbanan bersama Rasulullah
susah senang bersama
walau hilang harta kerana berdakwah
walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tidak berubah
mampukah aku setabah dirinya?
andai diuji sedikit sudah rebah
baru dihina sudah mengalah
Ya Allah...
tabahkan aku sepertinya.

Ya Allah..
jadikanlah aku semulia Ummu Sulaim
pernikahannya dengan Abu Talhah atas mahar iman
islamlah Abu Talhah sehingga menjadi Sahabat Rasulullah
betapa hebatnya tarbiyah isteri pada suami
hinggakan segala panahan kepada Rasulullah pada hari uhud
disambut dengan belakang Abu Talhah
sehingga digelar mayat yang berjalan
dek kerana tubuhnya yang hancur semata-mata kerana Rasulullah..
mampukah aku untuk menjadi sepertinya..
apa-apa sahaja demi Rasulullah??

Ya Allah..
jadikanlah aku semulia Fatimah Az-Zahrah
betapa tinggi kasih pada ayahandanya
tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah Baginda
anak yang semulia peribadi Rasulullah
tangannyalah yang membersihkan luka
tangannya jua yang membersihkan cela
pada jasad Rasulullah tercinta
gagahnya dirinya pada dugaan
mampukah aku sekuat Fatimah?
saat diri terluka dendam pula menyapa
saat disakiti,maki pula mengganti
Ya Rabbi..
teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah
jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
tukang sihir yang beriman
dan keluarga yasir yang bertakwa
sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
mampukah aku sabar seperti mereka?
tatkala digoda nafsu dunia
entah mana hilangnya iman didada..
dimanakah ia??

Ya Rahman
kuatkan imanku seperti Masyitah
terjun penuh yakin bersama bayi kedalam kuali mendidih
kerana yakin Allah pasti disisi
sabarkan aku seperti Sumaiyah
biar tombak menusuk jasad
iman sedikit pun tak akan rapuh
tetap teguh..

wahai kaum hawa..

kita cuma An-Nissa
para pendosa terbanyak di neraka
lantas walau tak setabah para mujahidah
namun tabahlah pada ketetapan Allah
kerana padaNya ada syurga!
walau tak semulia Para Wanita Sirah
tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada pahala
walau tak sesabar para wanita solehah
namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
kerana padanya ada bahagia!!

Muhasabah diri.

Ku akui kelemahan diri

♥ Sahabat ♥

Selasa, 2 April 2013

* Luahan Hati Seorang Wanita *

♥ Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum.. ~ Ya Allah, jagalah hati ini, peganglah hati ini.. Sesungguhnya diri ini masih tidak kuat menempuh kekecewaan ini lagi :'(  Engkau berikanlah aku kekuatan Ya Allah, untuk menempuh liku-liku hidup ini. Aku tau aku tidak layak untuk syurgaMu tetapi aku juga tidak sanggup menghadapi seksa nerakaMu.