Al-Qur'an
♥Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum..
Apa itu Al-Qur'an?. Al-Qur'an adalah kalam Allah (kata-kata Allah)..Al-Qur'an mengajar kita untuk menjadikan kita manusia yang lengkap, yang hebat kerana Al-Qur'anul Qarim ini Allah s.w.t turunkan untuk memandu arah akal manusia, kerana Allah Taala menjadikan manusia ini sebagai khalifah di muka bumi ini. Al-Qur'an adalah landasan untuk menjadikan kita manusia yang hebat di dunia dan di akhirat.
Bagaimana kita membaca Al-Qur'an, tetapi Al-Qur'an tersebut melaknat kita?
Ini kerana kita membaca, tetapi kita tidak mengikut suruhanNya dan melakukan laranganNya. Keajaiban Al-Qur'an, mempunyai banyak ayat-ayat syifa' (penyembuh/penawar) di dalamnya. (1) Surah al-Yunus : 57 "Dan penyembuh (penawar) bagi penyakit-penyakit yang berada di dalam dada." (2) Surah al-Nahl : 69 "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia." (3) Surah al-Isra' : 82 "Dan kami turunkan al-Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman." (4) Surah al-Syu'ara : 80 "Dan apabila aku sakit, Dialah menyembuhkan aku." (5) Surah al-Fussilat : 44 "Katakanlah, Al-Qur'an itu ialah petunjuk dan penawar." "WALLAHUALAM"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan