~ HAWA ~
Ya Allah..
jadikanlah aku tabah seperti Ummu Khadijah
sehingga dirinya digelar Afifah solehah
dialah wanita pertama
tiada ragu mengucap syahadah
pengorbanan bersama Rasulullah
susah senang bersama
walau hilang harta kerana berdakwah
walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tidak berubah
mampukah aku setabah dirinya?
andai diuji sedikit sudah rebah
baru dihina sudah mengalah
Ya Allah...
tabahkan aku sepertinya.
Ya Allah..
jadikanlah aku semulia Ummu Sulaim
pernikahannya dengan Abu Talhah atas mahar iman
islamlah Abu Talhah sehingga menjadi Sahabat Rasulullah
betapa hebatnya tarbiyah isteri pada suami
hinggakan segala panahan kepada Rasulullah pada hari uhud
disambut dengan belakang Abu Talhah
sehingga digelar mayat yang berjalan
dek kerana tubuhnya yang hancur semata-mata kerana Rasulullah..
mampukah aku untuk menjadi sepertinya..
apa-apa sahaja demi Rasulullah??
Ya Allah..
jadikanlah aku semulia Fatimah Az-Zahrah
betapa tinggi kasih pada ayahandanya
tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah Baginda
anak yang semulia peribadi Rasulullah
tangannyalah yang membersihkan luka
tangannya jua yang membersihkan cela
pada jasad Rasulullah tercinta
gagahnya dirinya pada dugaan
mampukah aku sekuat Fatimah?
saat diri terluka dendam pula menyapa
saat disakiti,maki pula mengganti
Ya Rabbi..
teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah
jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
tukang sihir yang beriman
dan keluarga yasir yang bertakwa
sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
mampukah aku sabar seperti mereka?
tatkala digoda nafsu dunia
entah mana hilangnya iman didada..
dimanakah ia??
Ya Rahman
kuatkan imanku seperti Masyitah
terjun penuh yakin bersama bayi kedalam kuali mendidih
kerana yakin Allah pasti disisi
sabarkan aku seperti Sumaiyah
biar tombak menusuk jasad
iman sedikit pun tak akan rapuh
tetap teguh..
wahai kaum hawa..
kita cuma An-Nissa
para pendosa terbanyak di neraka
lantas walau tak setabah para mujahidah
namun tabahlah pada ketetapan Allah
kerana padaNya ada syurga!
walau tak semulia Para Wanita Sirah
tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada pahala
walau tak sesabar para wanita solehah
namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
kerana padanya ada bahagia!!
Muhasabah diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan